*Isteri,*
memiliki pintu syurga di rumahnya. Pintu itu boleh mengantar dia ke syurga atau
melemparkannya menuju ke *neraka.* Pintu itu hanya satu, *SUAMI.*
Isteri
yang TAAT kepada suaminya, kelak memiliki kedudukan seperti lelaki yang mati
syahid dalam peperangan di jalan Allah.
Setiap
isteri melayani suaminya, maka perbuatannya akan meninggikan darjatnya di sisi
Allah.
Amal
ibadah yang paling utama bagi seorang isteri adalah melayani suami dan
anak²nya.
Lebih
utama dari ibadah sunnah apa pun.Sebab itu amat rugi sekali wanita yang sibuk
dengan zikir, tetapi suaminya terlantar tak dipikir.
Sibuk
dengan al-Quran tapi suaminya tak pernah disediakan makan.
Sibuk
dengan majlis maulud, tapi dengan suaminya selalu perang mulut.
Berdebat,
bicara kasar, menipu, berbohong, nusus, menyakitinya, memandangnya dengan
pandangan rendah, meninggikan suara …..
_Laa
haula wa laa quwwata illa billaaaah_
Wahai
para isteri …..
Tiada
guna solatmu
Tiada
guna majlis yang kau hadiri
Tiada
guna puasamu
Tiada
guna zikirmu
Tiada
guna hajimu
Tiada
guna bacaan al-Quranmu
Tiada
guna sedekahmu
Sebelum
kau meminta maaf kepada suamimu.
Jangan
sakiti dia, walaupun terkadang dia memiliki kelemahan di sana-sini.
Nabi
telah menjelaskan, wanita yang menjadikan wajah suaminya berubah, maka tak akan
diterima solatnya walau sejengkal.
Dalam
riwayat, wanita yang tidak mahu melayani suaminya di malam hari, dilaknat
malaikat hingga pagi hari.
Selagi
ada kesempatan, berubahlah sikap menjadi baik.
Selagi
ada kesempatan minta maaflah.
Jadilah
isteri yang baik, Jika memang yang kau tuju syurga,
Itulah
jalannya.
Carilah
ridha suamimu, Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari perbuatan yang boleh
mendatangkan murka-Nya. Baik yang kita sadari atau tidak kita sadari.
_Dalam
hadist juga diketemukan, “Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya
suamimu adalah syurga dan nerakamu.” (HR. Ahmad).
Be the first to reply!
Post a Comment