Ibnu Qayyim Rahimahullahu, menyebutkan dalam
sebuah hadist sahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa ketika
seorang suami beristerikan Hur‘ain
(bidadari), kemudian pada saat itu akan datang seorang
wanita lain yg kecantikan & keelokannya mampu
membuat seorang raja melupakan wanita2 lainnya. Siapa Wanita
itu ?
Ternyata wanita tersebut adalah isterinya selama di dunia.
Itulah keistimewaan para isteri di syurga, dia akan menjadi RATU dari para
Hur‘ain (bidadari).
Lalu, Ibnu Qayyim mengatakan “Apakah seorang raja pernah
memikirkan para pelayan2-nya di hadapan Ratunya...?”
Tentu tidak ! Jadi, Allah akan memberikan pada isteri
kecantikan yg luar biasa jauh melebihi para bidadari.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Ibnu Qayyim menjelaskan, “Kerana Hur‘ain (bidadari) tidak
pernah menghadapi kesulitan yg dirasakan wanita dunia. Mereka tidak pernah
berjuang di jalan Allah, tidak pernah dicemuh orang kerana mengenakan hijab,
tidak
pernah merasakan sulitnya patuh pada suami....dll”
Mengenai keistimewaan isteri (wanita) di syurga
dibandingkan bidadari, Rasulullah saw melalui haditsnya
menyebutkan :
“Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih
baik daripada dunia & seisinya.” (HR. Bukhari & Muslim)
Bahkan dalam hadits yg lain disebutkan pula bahawa wanita
dunia yg sholihah lebih utama daripada bidadari
syurga.
Dari Ummu Salamah ra, ia berkata: “Saya bertanya, “Wahai
Rasulullah, manakah yg lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yg bermata jeli?”
Beliau shallAllahu’alaihi wa sallam menjawab: “Wanita2 dunia
lebih utama daripada bidadari2 yg bermata jeli, seperti kelebihan apa yg tampak
daripada apa yg tidak tampak.”
Kemudian saya bertanya lagi: “Kenapa wanita dunia lebih
utama daripada para bidadari?”
Lalu Beliau menjawab: "Kerana shalat mereka, puasa
& ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di
wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutra, kulitnya putih
bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning2-an, sanggulnya
mutiara & sisirnya terbuat dari emas.* Mereka berkata: ‘Kami hidup abadi
dan tidak mati, kami lemah lembut & tidak jahat sama sekali, kami selalu
mendampingi & tidak beranjak sama sekali, kami ridha & tidak pernah
ber-sungut2 sama sekali. Berbahagialah orang yg memiliki kami & kami
memilikinya.” (HR. Ath Thabrani)
Masya Allah... sungguh ini sebuah kemuliaan yg diberikan
kepada kaum wanita khusus nya para isteri2, derajat mereka boleh menjadi lebih
mulia daripada bidadari
syurga, mereka akan menjadi 'Ratu2' bidadari syurga.
Untuk para kaum wanita.. jangan sia-siakan kesempatan kalian
untuk menjadi ratu2 bidadari di syurga...
Ingat... setelah meninggal tidak ada lagi kesempatan untuk kembali
ke dunia lagi...!
Mulai sekarang, bagi para isteri, marilah berlumba2 agar
dapat menjadi isteri yg sholihah di dunia...!
(Ibn al-Qayyim menjelaskan ini dalam kitabnya Raudhatu
al-Muhibbin)
Barokallahu fiikum
Be the first to reply!
Post a Comment