Bismillahirrohmaanirrohiim....
Saat hati benar-benar di landa gelisah, gundah, ada sesuatu
yang mengganggu fikiran, atau sakitkah hatimu, atau perihkah hatimu, atau
mungkin hatimu menderita saat ini... ???
Kenapa aduhai hati ⁉️
Apakah yang menyebabkan sakit hatimu..? atau derita
hatimu..? ataupun fikiran keliru..???
Wahai hati.. ‼️
Bila engkau memandang segalanya dari Allah, yang
mempercepatkan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menyebabkan sakitnya
hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang, pastinya damailah hatimu jika engkau
mengetahui itu... Bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu, pecahnya hatimu, mungkin itulah yang Dia
mahukan.. Kerana Dia tahu, hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk
dekat denganNya..
Wahai hati.. ‼️
Berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata
.. walaupun hidup ini tak selalu bahagia, sedekah kanlah satu senyuman walau d
hatimu tak mampu lagi bertahan.. belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..
hiduplah dalam iman walau hidup d penuhi godaan.. dan berpeganglah kepada Allah
walau dia tidak kelihatan.. Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini...
Wahai hati.. ‼️
Ingatlah... bahawa orang yang sholeh tidak gembira apabila
mendapat sesuatu kesenangan.. Juga hatinya tidak berduka andai tidak mendapat
apa yang di impikan.. Kerana dunia tiada di hatinya.. Yang ada hanyalah
pengharapkan Ridho Allah semata-mata.. syukran kepada seseorang yang
mengingatkan saya.. “Jangan biarkan wujudnya pengharapan di hati kita kepada
manusia.. Mengaharaplah kepada Allah semata-mata.. ” 💐
Aduhai hati.. ⁉️
Contohilah para sahabat Nabi saw, Apabila di beri
kesenangan, hati pasti gelisah.. Di Mohon kepada Allah agar mendatangkan
kesempitan, kerana hati mereka bimbang
andai terleka dengan kesenangan.. Bertahun-tahun ku coba bujuk hati sendiri..
Aduhai hati.. ⁉️
ketahuilah bahwa hidup bukan hanya di sini.. Di sana kekal
abadi.
Aduhai hati.. ⁉️
Yakinlah Allah senantiasa bersama hambaNya yang inginkan
cintaNya.. Bukankah keperihan itu juga dari Allah..? Bukankah kesakitan itu
juga dari Allah..? Bukankah kesempitan itu juga dari Allah..?
Aduhai hati..⁉️
Yakinlah kasih Allah itu kasih sejati, ingatlah Janji Allah
adalah Benar lagi pasti..
Wahai hati.. ‼️
Menangislah penuh pengharapan kepada Ilahi.. Pasti kan kau
temui jalannya nanti, usahlah bersedih lagi, carilah RidhoNya, sematkan di
setiap sudut hati....
Semoga kasihNya menyinari dan menanti akan penantianmu
dalam RidhoNya 💐💐💐
Be the first to reply!
Post a Comment